BaeK PunyA Twitter

1.@nuanshaari67

Likes Baek Punya

My Great Web page

Monday 31 December 2012

Selamat Tahun Baru Y2013

Selamat tahun baru  Y2013 utk semua!!
MAY Y2013 IS MUCH BETTER THAN Y2012!

Wednesday 26 December 2012

Kebijaksanaan Yahudi Memperdayakan Kita!



Salam semua.
Entri kali ni nak menyedarkan orang2 kita supaya jangan terlalu taksub dengan "fakta sains" terutamanya dari saintis2 Yahudi. Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka,

tapi mereka minum susu kambing,

mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita? Kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.
Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan.


Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi ditangan mereka.
 


 3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.
4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.
 


 5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni juga mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.


Secara kesimpulannya ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua. HATI-HATI kawan!

JUMPA LAGI DI LAIN ENTRI.

Sunday 23 December 2012

Man U vs Real Madrid...TV LED Di Kandang Lembu.

Salam semua.
Jangan tanya kenapa jika anda melihat sebuah kandang lembu dipenuhi dengan set tv LED di setiap penjuru. Pemasangan tv ini bertujuan bagi mengurangkan masalah stress terhadap lembu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Memang pelik, tetapi kreatif. Itulah yang mampu kita ungkapkan kepada pemilik kandang lembu ini apabila bertindak memasang TV LED dalam kawasan kandang tersebut. Bagi kita ia dianggap satu pembaziran kerana lembu bukanlah sifatnya sama seperti manusia. Namun ia sebahagian daripada terapi yang mana dipercayai mampu mengurangkan stress haiwan seperti lembu. Jom lihat gambar di bawah ini.
 
 
 
Di negara luar, terdapat sebuah kandang peliharaan lembu yang dipasang dengan TV LED. Bukan satu atau dua, tetapi banyak!
Sebab utama TV LED dipasang adalah untuk mengelakkan lembu-lembu di dalam kandang tersebut berada dalam keadaan tegang.
Mereka percaya, sekiranya membiarkan lembu-lembu itu tanpa sebarang hiburan, proses pembesaran dan penghasilan susu lembu akan terjejas. Jadi, setiap kandang lembu akan dilengkapi dengan TV LED yang mempertontonkan panorama yang tenang.
Hebat tak hebat lembu pun tahu erti tekanan…
Kalau korang camana plak nak release tension?? Lu fikirlah sendiri...hehe
 

Saturday 22 December 2012

Sungai Paling Jernih & Tak Tercemar Di Switz...

Salam semua.
Entri kali ni nak share mengenai antara sunagi yg paling jernih di dunia.
Sungai Verzasca yang terletak di Switzerland ini dikenali kerana kejernihan airnya yang mengalir dari gunung-ganang yang terletak di Pizzo Barone ke Tasik Maggiore. Air sungai ini sangat jernih sehinggakan pada kedalaman 10 meter di dasar sungai, anda masih dapat melihat dengan jelas jambatan yang merentangi sungai ini.

Lokasi ini terkenal sebagai kawasan pelancongan untuk aktiviti 'scuba diving' dan 'bungee jumping'.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Subhanallah..Enjoy viewing.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...