BaeK PunyA Twitter

1.@nuanshaari67

Likes Baek Punya

My Great Web page

Friday 26 October 2012

Keajaiban Air Yang Tidak Bercampur

Salam semua...
Entri Baek Punya kali ni adalah artikel yg dipetik dari Majalahbiarbetul...banyak kisah2 menarik yang boleh kita dapati especially tentang Fenomena Alam..anda juga boleh ekses ke :

Perairan Alaska
Sempadan laut di perairan Alaska menjadi perkara yang luar biasa kerana kedua-dua bahagian air tawar dan air masin bertembung mewujudkan seolah-olah ia tidak bercampur di tengah laut di teluk Alaska. Terdapat buih-buih yang terhasil dari pertembungan air itu.

Ini adalah satu contoh Halocline, yang disebabkan oleh kecerunan yang kukuh, dimana tahap kemasinan menegak dalam badan air. Walaubagaimanapun, beberapa orang telah mengulas bahawa Halocline adalah lebih daripada fenomena mendatar dan ini berorientasikan yang lebih menegak.



Apa yang anda lihat adalah hasil daripada glasier lebur yang terdiri daripada air tawar dan laut yang mempunyai peratusan garam yang lebih tinggi menyebabkan kedua-dua badan-badan air mempunyai ketumpatan yang berbeza dan dengan itu membuatkannya lebih sukar untuk bercampur. Pada akhirnya ia akan bercampur dalam masa yang cukupi. Bagaimanapun, penggabungan lautan adalah salah satu peristiwa alam semula jadi yang sangat hebat.

Sungai Dalam Laut Di Cenote Angelita, Mexico

 

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air masin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun-daunan yang terapung.



Ia mungkin kelihatan seperti sungai,tetapi ia bukan sungai yang sebenar. Ia hanya satu lapisan hidrogen sulfida di bawahnya. Ia kelihatan mengejutkan dan tidak dapat dilupakan apabila anda sampai ke sana dan melihat dengan mata anda sendiri. Dalam perjalanan ke bawah anda, anda boleh melihat lapisan batu-batu yang menakjubkan yang terbentuk semasa zaman ais terakhir.

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Al Qur'an, Al Furqan:53)


Pertembungan Dua Laut
Ilmu pengetahuan moden telah mendedahkan bahawa pada tempat-tempat di mana dua lautan yang berlainan bertemu ada batas di antara kedua-duanya. Had ini membahagi kedua-dua lautan sehingga setiap laut mempunyai suhu, kadar garam dan kepekatan tersendiri. Sebagai contoh, laut Mediterranean mempunyai air yang hangat, berkadar garam tinggi dan lebih pekat berbanding dengan lautan Atlantik. Ketika laut Mediterranean memasuki Atlantik melalui selat Jibraltar, airnya bergerak beberapa ratus kilometer ke wilayah Atlantik pada kedalaman 1000 meter dengan tetap mempertahankan sifatnya yang hangat, berkadar garam tinggi dan lebih pekat. Pada kedalaman ini, air laut Mediterranean berada dalam keadaan stabil. Walaupun ada ombak besar, arus dan pasang surut yang kuat, seolah-olah ada batas yang menghalang pencampuran air dari ke dua lautan ini.
Air laut Mediterranean ketika memasuki Atlantik melalui selat Jibraltar turun ke kedalaman dengan tetap membawa sifatnya yang lebih hangat, berkadar garam lebih tinggi dan lebih pekat kerana ada batas yang membahagi antara kedua-dua lautan tersebut. Suhu dalam darjah Celsius. (Marine Geology, Kuenen, hal. 43, dengan sedikit perubahan.)

Al Qur'an menyebutkan bahwa ada batas antara dua lautan yang bertemu dan keduanya tidak melampaui batasan ini. Allah berfirman:

مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَا يَبْغِيَانِ

Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing. (Al Qur'an, Ar-Rahman (55):19-20)
Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.


Jumpa lagi di lain entri.


Tuesday 23 October 2012

Baek Punya Katil Kreatif di Hotel...

Salam semua.
Entri kali ni...seperti biasalah...mesti yg Baek2 Punya...mengenai katil2 yg unik & kreatif terdapat di hotel2 seperti di bawah ni....hehehe...
teruskan membaca ye...

1. FantaSuite Hotel, Minnesota, USA

2. Grand Hotel Savoia, Cortina d’Ampezzo, Italy

3. Ice Hotel, Quebec, Canada


4. Love Hotel, Japan


5. Million Donkey Hotel, Prata Sannita, Italy


6. Sand Hotel, Dorset, UK

Credit: Google Images

Friday 12 October 2012

Jose Mujica Presiden Termiskin Di Dunia dari Uruguay

Salam semua...
Entri kali ini adalah mengenai seorang pemimpin yg benar2 berjiwa rakyat walaupun digelar "Presiden Termiskin Di Dunia".

Sebagai seorang pemimpin sudah tentu ia akan dilimpahi dengan harta kekayaan dan kemewahan.Seorang presiden umumnya hidup penuh dengan kekayaan dan nikmat dengan pelbagai fasiliti dan kemudahan yang diberikan. Namun percaya atau tidak, hal ini berbeza terhadap dengan seorang presiden ini. Beliau telah mendapat sebuah gelaran dari rakyatnya sebagai ‘presiden paling miskin di dunia‘. Presiden itu bukan di Malaysia, tetapi Dialah Jose Mujica, presiden Uruguay dijuluki sebagai “el presidente mas pobre” yang bererti presiden termiskin. Ini disebabkan presiden yang berusia 77 tahun ini menyumbangkan hampir seluruh gajinya sebagai orang nombor satu untuk rakyat.


Jose Mujica mengaku menerima gaji sebesar USD 12,500. Namun ia hanya mengambil USD 1,250 dari gajinya. Maka ia pun dianugerahi gelaran lain sebagai presiden paling dermawan di dunia.
“Saya baik-baik saja dengan jumlah itu, kerana di Uruguay banyak yang hidup dengan penghasilan yang jauh lebih sedikit dari itu.” tuturnya merendah diri.Jose Mujica juga mengajak isterinya yang merupakan seorang senator untuk melakukan hal yang sama.
Jose Mujica tinggal di rumah pertanian di Montevideo. Selama dirinya menjadi presiden, pengeluaran terbesar yang pernah ia keluarkan adalah pembelian sebuah kereta Volkswagen Beetle, senilai USD 1.945.
Hal positif lain yang patut ditabik di masa kepemimpinan Mujica adalah kes rasuah yang paling sedikit di antara negara di benua Amerika Selatan. Lelaki yang merupakan mantan pejuang gerila ini sama sekali tidak memiliki akaun bank ataupun hutang. Meskipun begitu ia mengaku memiliki satu hal berharga yang tidak boleh dibeli oleh wang, iaitu anjingnya, Manuela.
Diketahui, Jose Mujica bukanlah presiden pertama yang menyumbangkan gajinya. Presiden AS John F. Kennedy, menyumbangkan gajinya, hal serupa juga dilakukan Presiden Herbert Hoover.
Selayaknya hal ini patut dicontohi bagi para pemimpin di dalam negara kita. Pemimpin yang benar-benar mengabdikan diri dan kekayaannya untuk rakyat. Bukan hanya untuk kekuasaan dan harta, baik kerajaan sedia ada mahupun pihak pembangkang. Lu fikir lah sendiri!!

Monday 8 October 2012

Wings- Antara Lagu2 Live Kegemaranku

Salam semua...
Entri kali ni aku saja nak share lagu2 kumpulan Wings yg memang menjadi kegemaranku especially lagu2 heavy secara live...

Jom layanz skali...

1. Enigma
 
2. Bujang Senang




3. Opera Hidup


4.Jumpa Hilang


5.Jerangkung Dalam Almari

6. Peronda Jaket Biru

7. Romania

8. Konsert Wings 2012 HD di Astro..mantappp!!

Lagu2 ni memang best utk jamming & head banging...hehehe....harap korang semua enjoy ye...
Adios...Jumpa lagi di lain entri...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...