BaeK PunyA Twitter

1.@nuanshaari67

Likes Baek Punya

My Great Web page

Wednesday 25 January 2012

Mesin Basuh Indra guna kuasa pedal kaki.

Untuk mereka yang rajin & tidak berat tulang.

Di negara kita terdapat banyak kedai dobi. DOBI ini asalnya dari DHOBI, yang bermaksud pencuci dalam bahasa Hindi? Di India (dan suatu ketika dahulu Singapura) terdapat kawasan membasuh kain terbuka yang dipanggil Dhobi Ghat. Disini para pendobi bekerja membasuh kain secara besar-besaran di tempat terbuka. Dhobi Ghat masih lagi ada di India dan setiap hari ratusan manusia membasuh kain menggunakan teknik membasuh tradisional menggunakan air, sabun , kanji ,batu hempasan dan tulang empat kerat.

Kalau kat negara kita, guna mesin je...tak la guna ramai pekerja, kurang sikit labour cost..

Elodie Delassus , seorang jurureka industri dari Perancis menghasilkan INDRA - sebuah konsep mesin basuh yang menggunakan tenaga manusia bagi memudahkan kerja pekerja dhobi di India. Mesin ini direka supaya mudah digunakan.  The low-tech design requires little to no electricity. Embers in the base of the machine heat the water and the spinner is pedal operated.


Mesin basuh Indra ni boleh hold up sehingga 12kg of clothes at a time, making it easier for the Dhobi to process bigger loads more efficiently & boleh kuatkan otot kaki tuuu...

Mesin ni kalau letak kat asrama sekolah atau pekerja pun baguz gak kan?

Jumpa di lain entri....
Jgn lupa "Join This Site" k...:)

 

Saturday 21 January 2012

Titik tengah Semenanjung Malaysia (Center point of Peninsular Malaysia)

Salam semua....Dh nak dekat Tahun Baru Cina..Gong Xi Fa Cai utk memberku yg berbangsa Cina spt Michael Wee, CH Tan, Jason, Chai, Leng, Teo VS dll.... 

Artikel kali ni nak share tentang Centerpoint atau titik tengah utk Semenanjung Malaysia. Artikel ini dipetik dari Berita Minggu/Rona yg betul2 menarik minat aku...sebab aku pon tak pernah tahu...hehehe
Korang boleh teruskan membaca:

PERNAHKAH anda terfikir di manakah kedudukan sebenar titik tengah Semenanjung Malaysia serta apakah kepentingannya kepada negara dan penduduk setempat? Sebelum ini, ada dua pendapat popular mengenai kedudukan sebenar titik tengah Semenanjung Malaysia iaitu di daerah Lipis(tempat Siti Nurhaliza) dan Kampung Kertau, Maran di Pahang.

Kampung Belimbing yang terletak di Lipis dianggap titik tengah Semenanjung Malaysia sejak pemerintahan Inggeris lagi. Malah, jika berkunjung ke lokasi ini, anda boleh menemui batu penanda
`0' kilometer yang menjadi rujukan jarak ke seluruh negeri di Semenanjung.
Bagaimanapun, penentuan titik tengah pada era itu dikatakan tidak begitu tepat. Ini kerana ia sekadar menjadi titik rujukan pemerintah Inggeris dan bukannya titik sebenar.
Pada masa sama, Kampung Kertau di Maran pula dikatakan sebagai titik tengah sehingga menimbulkan pertikaian di kalangan ahli akademik yang gagal mencapai kata putus mengenai kedudukan sebenar titik istimewa ini.
Namun, sehingga 2009, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) melakukan kajian komprehensif untuk menentukan titik tengah sebenar Semenanjung Malaysia dengan menggunakan beberapa kaedah.
Bekas Pegawai Daerah Temerloh, Datuk Sallehuddin Ishak berkata, JUPEM menggunakan tiga kaedah untuk menentukan lokasi sebenar titik tengah Semenanjung Malaysia iaitu berdasarkan rupa bentuk muka bumi tanah Semenanjung, pengiraan jisim dan kaedah matematik.

Sallehuddin berkata, mengikut kaedah pengukuran rupa bentuk muka bumi, JUPEM melakukan pengiraan dengan menghubungkan titik-titik pada bahagian paling hujung Semenanjung menggunakan garisan di mana titik tengah Semenanjung Malaysia dikenal pasti berdasarkan pertemuan garisan berkenaan.
Sallehuddin yang kini Timbalan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan (Kemajuan Pengurusan Dan Perundangan Tanah), Ibu Pejabat Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian berkata, mengikut kaedah itu, titik pertemuannya ialah pada kedudukan x bersamaan 469053.344 dan y (464283.582) iaitu di Hutan Simpan Ulu Cheka, Lipis.

“Mengikut kaedah kedua pula, pengiraan jisim secara abstrak dengan mengandaikan kedudukannya pada x bersamaan 63626.711462 dan y (446971.55564) iaitu di Jerangsang, Benta, Lipis,” katanya kepada sisipan Rona baru-baru ini.

Sallehuddin berkata, kaedah ketiga melalui pengiraan matematik iaitu menghubungkan titik paling jauh dengan titik paling dekat menggunakan 37,371 titik.

Menurutnya, pada akhir pengiraan, titik tengah dikenal pasti pada kedudukan x bersamaan 469519.6934 dan y (386338.7621) iaitu di Kampung Paya Siput, Lanchang, Temerloh.
"Berdasarkan tiga kaedah itu, JUPEM menyerahkannya kepada kerajaan negeri untuk pertimbangan selanjutnya.

"Sehubungan itu, kerajaan negeri memutuskan cara terbaik menentukan titik tengah ialah berasaskan kepada keputusan yang boleh dicabar secara saintifik supaya ia dapat dibuktikan dan lebih praktikal," katanya.

Beliau berkata, penentuan itu juga dibuat dengan mengambil kira kedua-dua lokasi terdahulu yang menggunakan kaedah rupa bentuk muka bumi dan pengiraan jisim terletak di kawasan hutan dan sukar dikunjungi.

Malah, dari segi `common sense', kedudukan Lanchang, Temerloh memang terletak di antara Lipis dan Maran.

Selain itu, mengambil kira kedudukan stesen Pusat Remote Sensing Negara (MACRES) dan PULARES yang secara strategiknya terletak di Temerloh, ia bagai sokongan kuat membuktikan lokasi ini terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia.
Dari segi jarak perjalanan, Temerloh terletak tengah-tengah iaitu antara Kuantan dan Kuala Lumpur atau antara pantai barat dan timur.


Sehubungan itu, daerah Temerloh yang sebelum ini popular sebagai `bandar ikan patin' juga bakal dikenali sebagai bandar `titik tengah Semenanjung Malaysia' serta dapat membawa banyak manfaat kepada penduduk tempatan.



Sementara itu, pengiktirafan Temerloh sebagai daerah titik tengah Semenanjung Malaysia bukan saja menamatkan perdebatan di kalangan ahli akademik, malah secara langsung memberi kelebihan kepada daerah ini dalam menarik pelancong.

Bandar Temerloh yang sekian lama terkenal dengan jolokan `bandar ikan patin' sudah cukup membuatkan penggemar ikan sungai berkunjung ke bandar ini untuk menikmati keenakan masakan spesies ikan ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Sharkar Shamsuddin, berkata titik tengah Semenanjung Malaysia yang dikenal pasti terletak di Kampung Paya Siput, Lanchang sudah tentu menjadi tarikan untuk pengunjung melawat Temerloh yang sebelum ini terkenal dengan produk pelancongan alam sekitar.

"Tarikan terbaru ini boleh menjadi pelengkap kepada destinasi pelancongan sedia ada seperti Gunung Senyum; Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah; Santuari Rusa di Bukit Rengit dan Lembah Harimau," katanya.

Sharkar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri berkata, kedudukan Kampung Paya Siput terletak di antara Sungai Kepong dan Kampung Bongsu.

"Ia dikenal pasti sebagai titik tengah Semenanjung Malaysia berdasarkan pengiraan matematik oleh JUPEM," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, pengisytiharan Kampung Paya Siput, Lanchang sebagai lokasi titik tengah Semenanjung Malaysia mempunyai signifikan tersendiri.

"Bagaimanapun, apa yang lebih penting ialah penduduk setempat perlu merebut peluang yang ada dengan bertindak secara proaktif membabitkan diri mempromosikan kawasan mereka.

"Mereka tidak boleh mengharapkan kerajaan semata-mata untuk menyediakan prasarana sebaliknya memanfaatkan peluang seperti menjual cenderahati bermotifkan titik tengah kepada pelancong," katanya.

Shafik berkata, kerajaan boleh membangunkan Temerloh tetapi akhirnya penduduk setempat perlu mempunyai kesedaran dan tanggungjawab memeliharanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Datuk Tarif Abdul Rahman berkata, pihaknya merancang membangunkan beberapa kemudahan di kawasan istimewa itu.

"Sudah tentu kita mahu kawasan itu mempunyai kemudahan untuk pelancong termasuk aktiviti penjualan cenderahati dan rekreasi bagi menjadikannya menarik.

"Kita juga merancang mendirikan monumen atau mercu tanda yang boleh meninggalkan kenangan kepada pelancong," katanya.

Tarif berkata, kedudukannya di kawasan Kampung Paya Siput cukup menarik kerana ia mempunyai penempatan kampung tradisional dan kemudahan asas yang lengkap.


Penduduk tempatan nanti limpahan

PENDUDUK Kampung Paya Siput, Lanchang, yakin pengiktirafan kawasan perkampungan itu sebagai titik tengah Semenanjung sudah tentu memberi makna yang mendalam kepada mereka.

Walaupun ia tidak merubah wajah kampung itu dalam sekelip mata, mereka percaya kawasan itu akan lebih dikenali dan menjadi sebutan kerana kedudukannya yang begitu unik berbanding tempat lain di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Rantau Panjang, Zainal Abidin Mat Taha berkata, Kampung Paya Siput adalah antara tiga kampung yang terletak di bawah pentadbiran JKKK Kampung Rantau Panjang selain Kampung Bukit Wau dan kampung Orang Asli Bukit Licin.

"Lebih menarik, titik tengah sebenarnya terletak betul-betul di bawah sebuah pondok di pusat pengajian agama, Madrasah Darul Ulum yang diusahakan Sabaruddin Othman sejak lima tahun lalu.
titik tengah yg ditanda & disimen di bawah sebuah pondok
Madrasah Darul Ulum


"Sehubungan itu, kami berharap pihak Pejabat Daerah dan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) akan membangunkan kawasan terbabit untuk menjadikannya sebagai tarikan pelancongan ke negeri ini," katanya.

Zainal Abidin berpendapat, suatu mercu tanda perlu dibangunkan di kawasan itu bagi membolehkan orang ramai sama ada penduduk setempat atau pelancong luar tahu kedudukan sebenar titik tengah berkenaan.

Selain itu, beliau berkata, beberapa kemudahan lain juga boleh disediakan di kawasan terbabit seperti jalan masuk, tempat jualan cenderahati dan ruang perniagaan yang boleh dimanfaatkan penduduk setempat.

Bagi Sabaruddin, 43, beliau tidak keberatan membenarkan sebahagian tanahnya dibangunkan untuk kepentingan awam kerana percaya pemilihan kawasan itu ada hikmah tersendiri.

"Saya tidak mahu mengambil kesempatan di atas perkembangan ini, sebaliknya menerima apa juga keputusan pihak berkuasa tempatan.

"Saya difahamkan, titik tengah yang dimaksudkan itu terletak betul-betul di bawah satu daripada pondok yang digunakan sebagai asrama oleh penghuni madrasah ini. Apa yang saya tahu, pihak berkuasa bercadang mewartakannya untuk dibangunkan dengan prasarana.

"Cuma, saya berharap beberapa pondok yang berada dalam lingkaran titik itu dapat dialihkan ke tempat lain yang lebih sesuai," katanya.

Madrasah Darul Ulum kini mempunyai kira-kira 100 penghuni termasuk dari kalangan remaja, anak yatim dan pasangan warga tua yang ingin mendalami ilmu agama secara percuma.


Jumpa lagi di lain entri & selamat bercuti.
Berhati2 di jalanraya...
Pandu Cermat Jiwa Selamat...
Ingat orang yg tersayang...



Saturday 14 January 2012

Latest in TV Technology revealed (Pendedahan Teknologi TV Terkini)

Salam semua...
Entri kali ni nak share mengenai pendedahan teknologi2 terkini utk TV yg sedang dihasilkan & akan dipasarkan  tak lama lagi...tunggguuuuuuu....artikel ni dipetik dari info terkini Yahoo...
Beautiful 2012 OLED TV product


The annual Consumer Electronics Show (CES) in Las Vegas is the Super Bowl of new TV technologies. And this year's big event promises lots of new products. Big OLED TVs, 4K and 8K TVS, gesture control and maybe the first contender for a glasses-free TV that really works.

OLEDs The most beautiful sets at CES are OLEDs: Organic Light Emitting Diodes.
They have much higher contrast than current LED sets; light can be turned off on a per pixel basis. Dark scenes offer the blackest of blacks — rich deep colors without the blooming of light that affects other LCD and LED TVs.
Panasonic 37-inch OLED TV

Samsung 55-inch OLED TV

OLEDs are super thin: 3/16ths of an inch. Some are so thin that the power ports and connectors need to be housed in the stands, not on the set itself. OLEDs use half the power of current HDTVs and some sets will consume less energy than a 50-watt bulb. And finally the dreaded motion blur of LED and LCDs (when sports and fast action appear blocky) almost completely disappears with OLEDs.

I've seen small 12 and 20-inch prototype OLEDs in past years at CES, but never a true big screen option that is in production and planned for release. This year is different: LG has a 55-inch OLED on display, and Samsung is rumored to have another OLED debuting this week. The prices on these sets will be ridiculous — $8,000-10,000but predictions from analysts say that by the end of 2013, they'll be more like $4000. Availability is still a little unclear, although rumors of late 2012 offerings are in the air.


People are seen mingling in front of a display of LG Electronics televisions during the annual Consumer Electronics Show in Las Vegas, Nevada, where LG unveiled their 55-inch OLED TV, said to be the world's largest. The TV set was later crowned 'best gadget' of the CES



4K and 8K Resolution
Another trend at CES: higher resolution TVs than ever. 4K and 8K respectively double and quadruple the resolution of the highest high definition sets on the market. Panasonic, Sharp, Samsung, and most other TV manufacturers are going for this crisper, more vivid resolution as an incentive to get consumers to trade in their old TV sets. But this technology is still a ways from every day reality, and CES may prove a litmus test on whether attendees think the 4K sets are that much more visually compelling. An even greater inhibitor to widespread 4K/8K TVs any time soon is that they will mandate all new source video and new cameras and infrastructure from TV networks and production companies. Today, very little content is produced at such high resolution.

3D Is Dead Long Live 3D!In the early press releases from manufacturers, there has been very little mention of 3D. It seems they now understand that most consumers aren't willing to pay much more for a TV with 3D. It's being seen as less of a feature, more of a gimmick. That being said, there is early buzz around Toshiba, who is saying that they will have a glasses-free, big-screen 3DTV available for sale within the year, according to CNET news. This is a big departure from other manufacturers like Samsung, which has managed expectations, saying they don't expect to have glasses-free technology ready for market within 10 years.

Gesture Control — An End To The Remote Control?The success of the XBOX Kinect, which tracks the player's movements to control gaming, has spawned a whole new idea for interacting with your TV: gesture control. Imagine flicking your wrist to mute the volume, raising your arm to pull up the guide and grabbing or swiping to select a show. Such sets could even have facial recognition to turn on your favorite channels and volume presets when you walk into the room.

PrimeSense, the company behind the Kinect's gesture control, is showing off a TV driven with the same technology, and Samsung is rumored to be debuting sets with this same type of user control.

Smart Internet Connected TVsInternet connected sets are becoming completely mainstream, so expect a lot of products to tout Google TV and Yahoo! Connected TV built into their sets. Apple is rumored to announce later this year a full-fledged, big screen TV with all the Apple content access built in. Yet more than 8 million consumers have already purchased TVs with the Yahoo! Connected TV platform. One cool product for people whose existing sets aren't connected yet, and who don't want to upgrade, is a new product from Roku. It's a small stick about the size of a USB stick that you plug into your TV through a slot called the MHL port (many TVs have these ports- check your spec sheet or the back of the T for something that looks like a micro USB port) for wireless access to Netflix, YouTube and a whole host of independent Internet content providers. No price yet, but estimates are centering on the $50 range.

See you in my next entry...
PS- Pls. click at "Join this site" and be one of my blog's friends. And don't forget to click my ads too...hehehe





Monday 2 January 2012

JALAN2 CARI MAKAN

Salam semua...
Ini adalah entri pertamaku utk tahun 2012..dan rasanya belum terlambat lagi utk aku ucapkan Selamat Tahun Baru utk semua bloggers & surfers. Azam aku tahun ni nak blogging(post entry) lebih banyak lagi..

Utk entri kali ni, aku nak share tentang Chicken Chop & ia adalah antara makanan kegemaran aku...Dah banyak info yg aku dapat tentang tempat2 Chicken Chop yg Baek Punya dari kawan2...Mungkin utk mereka memang sedap, however, utk aku yg "kaki Chicken Chop" ni rasanya sama je, cuma sos dia kurang power...harga pun boleh tahan mahal gak...huhu

Ada lagi satu info dari kawan isteri aku, tempat ni terletak di Jalan Padi2(tanda A),BBU (Bandar Baru Uda) di JB (dekat ngan rumah aku...tapi baru tahu...hehehe...Restoran Angah D&C..

lokasi bertanda A
View Larger Map

Hari Jumaat yg lepas, aku & isteriku pergilah ke restoran ni utk test power...Pergh!!!!Memang power giler especially sos dia...

 


Then, malam tadi aku pun bawa anak2ku skali makan kat tempat ni..

Restoran ni sentiasa dipenuhi dgn pelanggan, tapi servis dia memang cepat, jadi tak perlu risau...
Restoran ni pun ada pelbagai menu , tapi yg aku paling suka ialah Fried Chicken Chop...Nak tahu harga dia berapa??? Ha..satu pinggan RM5.00...murah tak? Quantity & rasa mcm Chicken Chop yg berharga RM10 @ RM20...
Restoran ni dah boleh aku jadikan antara tempat yg mesti utk Friday Family dinner selain dari Singgah Selalu, My Friend Tom Yam, Wak Radol  dll....Kalau boleh nak setiap minggu...hehehe...nak tau kenapa? tengok lah gambar kat bawah ni:
 Sedap sangatttt sampai Licin tuuu.....


Jumpa lagi di lain entri...Jgn lupa:
1) Join the Group (Sign In -Free je)
2) Klik kan iklan2 yg ada tu ye...hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...