BaeK PunyA Twitter

1.@nuanshaari67

Likes Baek Punya

My Great Web page

Friday 24 August 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI Y2012

Salam Aidilfitri semua...
Lap-lip-lap-lip...dh raya ke 7(7 Syawal).
Punya lah syok nye beraya sampai lupa nak post entri..

Tapi rasanya belum terlambat lagi utk aku bersama familiku mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" & MAAF ZAHIR & BATIN" kepada semua rakan2 blogger, viewer blog "BaeK PunyA" & juga rakan2 facebook. Manalah tahu ada tersilap & terkasar bahasa dlm entri2 blog yg aku post.

Jumpa lagi di lain entri & diharap korang semua enjoy Raya tahun ni ye...semoga raya tahun ni lebih BaeK PunyA dari tahun2 sebelum. 

Saturday 4 August 2012

Kualiti Mercedez :- Jenama, Persekitaran Kerja, Peralatan, Pekerja, apa lagi yg best?

Salam semua...
Cuti Hari Ahad, amik kesempatan utk surf website2 blogger yg lain...skali ternampak artikel yg menarik minat aku daaaa...cuba korang view gambar2 menarik di Kilang Pemasangan Kereta Mercedez Benz ni...PERGH!!!High Class tuuu!!! 







Agaknye, macam manalah rupanya Kilang Proton ye?
Jumpa lagi di lain entri... 





Wednesday 1 August 2012

Antara Menu Yg Paling Aku Suka Dalam Bulan Ramadhan

Salam Semua..
Dalam bulan Ramadhan ni aku tak banyak posting  entri...aku hanya surf blogger2 yg hebat...antaranya Blog mengenai Resepi2  Dapur Tanpa Sempadan dari Mat Gebu...Aku memang minat resepi2 Mat Gebu ni...Kat bawah ni aku ambil dari artikel beliau mengenai SAMBAL TUMIS UDANG DENGAN PETAI..antara favourite aku tuuu.. mmmmm...yummy2....korang boleh refer kt bawah ni ye...Kalau nak lebih banyak resepi dari Mat Gebu ni, korang boleh klik Dapur Tanpa Sempadan kat "Other Blogger List" (di bawah You Tube Kumpulan Wings)...macam2 adaaaa... enjoy reading...
rsz_dsc_6412

 
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan isi udang (yang ni ikut suka nak udang saiz S, saiz M, saiz L, atau saiz XL)
3 papan petai, ambik isi
1 biji bawang besar saiz sederhana, hiris berangkai
1/3 cawan jus asam jawa
2 senduk besar penuh cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit hirisan halus daun kunyit

BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 biji buah keras
1 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing dan pecah minyak. Guna api sederhana dan kacau sentiasa.
  2. Masukkan jus asam jawa, petai dan kacau rata, masak hingga hampir pekat. Masukkan udang dan hirisan bawang besar. Masak sekejap, perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula (sapa2 nak guna serbuk perasa juga boleh). Kacau rata, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun kunyit sebelum dihidangkan, jika suka..
Apa lagi...korang dah  boleh cuba-try-test ...
Jumpa lagi dilain entri selepas Hari Raya Aidilfitri k...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...