BaeK PunyA Twitter

1.@nuanshaari67

Likes Baek Punya

My Great Web page

Thursday 26 April 2012

Al-Quran Merungkai Cara Mengesan Penipuan

Salam semua..
Aku memang tertarik dengan artikel ni...Sangat luar biasa. Itu sahaja yang dapat aku katakan selepas terbaca artikel ni. Siapa sangka pada waktu seribu empat ratus tahun yang lalu tanpa teknologi canggih, Al-Quran telah membongkar cara bagaimana mengesan penipuan melalui ayat yang sangat pendek tapi memberi makna yang sangat jelas. teruskan membaca:


Kaedah pada masa kini untuk mengesan pembohongan  menggunakan pengimejan ke atas otak melalui getaran magnetic atau lebih dikenali sebagai FMRI. Kaedah tersebut dapat mengesan gerak balas yang berlaku ketika otak sedang melakukan penipuan. Bukan itu sahaja, melalui kaedah ini alat mengesan pembohongan dapat diwujudkan. Terdapat banyak kawasan unik dalam otak yang terlibat dalam penipuan dan percakapan benar yang boleh dikesan melalui kaedah FMRI.

Ujikaji Ke Atas Ubun-Ubun Otak Manusia
Fakta mengesahkan, di dalam otak seorang yang sedang melakukan pembohongan terdapat tujuh kawasan yang aktif tetapi dalam otak orang yang bercakap benar, terdapat hanya 4 kawasan yang aktif.
Kaedah FMRI
Mengapa hal ini berlaku?. Bagi melakukan pembohongan, otak perlu berusaha lebih keras lagi bagi mengaktifkan kawasan-kawasan yang bergerak balas dalam otak untuk menjana idea-idea dusta berbanding dengan bercakap benar. Ketika proses pendustaan sedang berlaku, bahagian hadapan otak yang mana terletaknya kawasan ubun-ubun akan bertindak balas yang melalui bahagian medial inferior, pre-central area, hippocampus, temporal tengah dan juga kawasan limbic. Begitu juga ketika bercakap benar, terdapat juga aktiviti di bahagian otak hadapan iaitu temporal lobe dan cigulate gyrus.
Sekarang saya kongsikan keajaiban Al-Quran bersama anda. Kajian demi kajian dilakukan dengan susah payah sedangkan dalam Al-Quran telah membuktikan penemuan yang baru dijumpai ini.
Ketahuilah, sesungguhnya jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) Nescaya Kami tarik ubun-ubunnya (iaitu)ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka. (Al-Alaq ayat 15-16)
Sebelum kami mengulas dengan lebih lanjut tentang ayat di atas, kami mohon saudara sudari pembaca mengambil kitab tafsir Al-Quran dan rujuk pada ayat yang kami paparkan di atas.
Jika saudara melihat ayat tersebut, perkataan (Nasiya) bermaksud ubun-ubun. Menurut kitab tafsir Ibn Kathir (ubun-ubun yang berdusta) yang dipaparkan dalam ayat tersebut bermaksud, ubun-ubun Abu Jahal menipu dalam percakapan dan perbuatan. Dalam konteks otak, bahagian yang dinamakan sebagai frontel lobe adalah ubun-ubun. Melalui ubun-ubunlah, suatu kebenaran atau pembohongan dapat dikenalpasti.
Subhanallah, apa lagi yang boleh kita katakan selain Al-Quran sememangnya diturunkan sebagai panduan kepada seluruh Umat manusia. Berimanlah dengannya dengan sebenar-benar Iman."
Sumber dari Engineer Malaya

Jumpa lagi di lain entri...
Jgn lupa "Join This Site" sebagai Rakan Blogger ye...

Friday 20 April 2012

BaeK PunyA SeNi DawAi

Salam semua.
Pernah tak dengar tentang sebuah karya seperti potret yg dihasilkan dari Seni Dawai?

Dengan hanya menggunakan dawai, seorang pengarca berjaya menghasilkan sebuah karya yang sangat hebat & sungguh mengagumkan sekali. Dawai-dawai yang digunakan tu dipotong dengan rapi dan teliti untuk menghasilkan karya yang hebat. Macam manalah agaknya kan cara pengarca ni buat?

PengArca seni dawai ni ialah Seung Mo Park & berasal dari Korea. Beliau menghasilkan sebuah potret daripada dawai yang dipotong secara berlapis-lapis. Dan hasilnya sangat mengujakan.Korang boleh lihat beberapa hasil seni beliau yg sangat hebat seperti  bawah ni





Saksikan lah video klip ini yg menunjukkan bagaimana potret daripada dawai ini dibuat.
Kalau ada dawai2 yang tak digunakan lagikat rumah tuu, boleh lah korang pos kan ke mamat Korea ni...hehehe...Harap korang enjoy reading...Peaace Yoooo....
Jumpa lagi di lain entri k...
Jgn Lupa "JOIN THIS SITE" sebagai Rakan Blogger...


Sunday 15 April 2012

15 Perkara Tentang Kaabah dari Sudut Sains

Salam semua.
Entri kali ni nak kongsi artikel dari rakan blogger tentang kelebihan Kaabah. Teruskan membaca & share kpd rakan2 yg lain coz Sharing is Caring...hehehe

Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Sumber: http://www.zaidimokhtar.com/

Jumpa lagi di lain entri & jgn lupa Join this Site sebagai rakan blogger...

Friday 13 April 2012

Fakta2 BaeK Punya Tentang Catur

Salam semua.
Entri kali ni nak kongsi artikel mengenai fakta2 BaeK Punya mengenai CATUR / CHESS.
Rasanya, ramai yg sukakan permainan ni, samada melalui PC game, Hp atau guna cara yg asli..ce bace...ce bace...hehehe...




Aku harap korang enjoy reading yooo....Jumpa lagi di lain entri 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...