BaeK PunyA Twitter

1.@nuanshaari67

Likes Baek Punya

My Great Web page

Friday, 21 September 2012

Tahniah Shila Amzah-Kejuaraan di Asian Wave, RM5 Juta Utk Sheila


Salam Semua...Entri terkini...Informasi dari Shanghai..Satu Malaysia telah mengetahui, Shila Amzah telah mengharumkan nama negara dengan menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 di Shanghai, China. Kejuaraan Shila Amzah sememangnya suatu yang menakjubkan lebih-lebih lagi berentap dengan artis-artis hebat di seluruh Asia. Penyanyi Shila Amzah menerima hadiah bernilai RM5 juta, termasuk dana bagi mengembangkan kerjaya seninya peringkat antarabangsa, berikutan kejayaan memenangi pertandingan nyanyian Asian Wave itu malam kelmarin.

Berentap tiga kali
Pada pentas akhir pertandingan itu yang berlangsung di Stadium Baoshan, Shanghai, China, penyanyi yang terkenal dengan lagu Patah Seribu itu terpaksa berentap sebanyak tiga kali, masing-masing dengan peserta dari Thailand dan dua peserta tuan rumah.
Ketika dihubungi semalam, Shila, 22, yang mempertaruhkan lagu Gemilang (dendangan asal Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan lagu Mandarin, Zheng Fu (Na Ying) berkata, secara keseluruhannya dia perlu bersaing dengan sembilan peserta dari Asia.
Pencapaian tertinggi
Ditemani ibu bapa, ND Lala dan Fauziah Sarman, serta orang kuat PRISM, Ong Peng Chu, sepanjang berada di sana, Shila menyifatkan kejayaan itu pencapaian tertinggi sepanjang 12 tahun kerjaya seninya.
“Alhamdulillah atas rezeki ini. Saya ucapkan terima kasih kepada Peng Chu atas peluang berharga ini, juga kepada ibu bapa serta keluarga yang tidak jemu menyokong karier saya. Tak ketinggalan buat Shilalas (kelab peminat Shila) kerana tak henti-henti mendoakan terbaik.
“Saya amat gementar untuk meneruskan perjuangan pada peringkat final, tetapi saya sentiasa terapkan semangat melakukan yang terbaik demi Malaysia tercinta,” katanya yang mendapat sokongan moral daripada kekasih, pelakon Sharnaaz Ahmad.


Menerusi persaingan pertama, Shila memperoleh lima undian tanpa balas, manakala untuk persaingan kedua dia menerima lima undian berbalas dua. Pada persaingan terakhir Top 3, Shila mendapat sembilan undian penuh.
“Pada dasarnya peserta yang berentap dengan saya datang daripada latar belakang muzik berbeza. Semuanya cukup luar biasa dan popular di negara masing-masing.
“Pengalaman ini cukup bermakna buat saya. Malah, saya sendiri baru tahu lagu Zheng Fu sebenarnya bermaksud menakluk dan ia menjadi simbolik kepada kejayaan ini,” katanya. – Zaidi Mohamad (BH).

TAHNIAH!TAHNIAH!TAHNIAH!
Jumpa lagi di lain entri.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...