BaeK PunyA Twitter

1.@nuanshaari67

Likes Baek Punya

My Great Web page

Wednesday, 1 August 2012

Antara Menu Yg Paling Aku Suka Dalam Bulan Ramadhan

Salam Semua..
Dalam bulan Ramadhan ni aku tak banyak posting  entri...aku hanya surf blogger2 yg hebat...antaranya Blog mengenai Resepi2  Dapur Tanpa Sempadan dari Mat Gebu...Aku memang minat resepi2 Mat Gebu ni...Kat bawah ni aku ambil dari artikel beliau mengenai SAMBAL TUMIS UDANG DENGAN PETAI..antara favourite aku tuuu.. mmmmm...yummy2....korang boleh refer kt bawah ni ye...Kalau nak lebih banyak resepi dari Mat Gebu ni, korang boleh klik Dapur Tanpa Sempadan kat "Other Blogger List" (di bawah You Tube Kumpulan Wings)...macam2 adaaaa... enjoy reading...
rsz_dsc_6412

 
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan isi udang (yang ni ikut suka nak udang saiz S, saiz M, saiz L, atau saiz XL)
3 papan petai, ambik isi
1 biji bawang besar saiz sederhana, hiris berangkai
1/3 cawan jus asam jawa
2 senduk besar penuh cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit hirisan halus daun kunyit

BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 biji buah keras
1 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing dan pecah minyak. Guna api sederhana dan kacau sentiasa.
  2. Masukkan jus asam jawa, petai dan kacau rata, masak hingga hampir pekat. Masukkan udang dan hirisan bawang besar. Masak sekejap, perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula (sapa2 nak guna serbuk perasa juga boleh). Kacau rata, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun kunyit sebelum dihidangkan, jika suka..
Apa lagi...korang dah  boleh cuba-try-test ...
Jumpa lagi dilain entri selepas Hari Raya Aidilfitri k...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...