Aku suka melihat langit pada waktu malam, terutamanya apabila tiada awan tebal. Pemandangan langit gelap yang diterangi bintang berkerdipan dan bulan yang mengambang sangat romantik.
40 tahun akan datang, pemandangan seperti ini boleh dinikmati di walaupun aku berada dalam kabin kapal terbang.
Airbus baru sahaja mengumumkan konsep baru kapal terbang masa hadapan mereka yang mempunyai dinding membran lutsinar berteknologi tinggi, membolehkan penumpang menikmati pemandangan langit pada waktu malam.
Dinding membran yang menggunakan sistem hologram itu akan berubah mengikut keadaan cahaya persekitaran. Selain daripada itu, pengenalan kabin mengikut kelas tidak lagi wujud sebaliknya akan diganti dengan kabin untuk bekerja, berehat dan bar/kafe untuk bersosial.
Gambaran artis untuk rekabentuk pesawat tersebut
Pemandangan dari dalam kabin
Memang romantik la macam ni..
Kabin berteknologi tinggi juga membolehkan penumpang bermain golf secara virtual dalam pesawat
Seat
No comments:
Post a Comment