BaeK PunyA Twitter

1.@nuanshaari67

Likes Baek Punya

My Great Web page

Wednesday 28 November 2012

Jenis2 Teh Yang Mungkin AndaTak Pernah Tahu


Dalam banyak-banyak minuman yang diminum oleh semua orang, teh ialah satu daripada minuman paling sihat. Banyak tamadun-tamadun seluruh dunia mengamalkan minum teh. Pada umumnya, teh diperbuat daripada daun-daun teh hijau, tetapi ada banyak teh lain dibuat daripada pelbagai jenis daun dan bahan-bahan lain. Entri Kali ni  nak berkongsi dengan korang 10 jenis teh yang mungkin tak pernah tahu atau dengar ada orang minum. Jom kita kenali teh-teh ini satu per satu.

10 | Kombucha


















Kombucha ialah teh Rusia dan ia terkenal dengan rasa masamnya. Ia juga dikenali sebagai teh jeruk atau teh peram. Teh ni dikatakan berasal dari sempadan antara Rusia dan kawasan timur laut China, di mana ia terkenal dengan nama "Manchuria" pada zaman lampau. Teh kombucha ini diperbuat daripada teh hitam manis yang diperam dengan campuran yis dan bakteria. Campuran sebenar masih lagi menjadi tanda tanya. Catatan pernah mengatakan bahawa teh kombucha diperkenal oleh para kelasi yang merantau ke Latvia pada tahun 1911.

 

9 | Teh Bata Rusia







Nama teh ini sebenarnya menggambarkan bagaimana teh ini dihasilkan. Debu teh hitam dimampatkan kepada tablet batu keras [yang jugak dikenali sebagai bata teh]. Jika korang mahu menyediakan teh ini, caranya ialah hanya sagat satu sudut teh bata ini ke dalam cawan dan tuangkan air panas. Pada zaman dulu, teh ini merupakan salah satu cara untuk mengangkut teh di Tsarist, Rusia. Masih ada lagi kilang-kilang di Rusia yang menghasilkan teh ini, namun teh bata Rusia ini kian lenyap ditelan zaman.

 
8 | Pu-erh












Teh cina yang ini pada dahulunya sangat eksotik, tetapi kini ia dikenali di kalangan para penggemar teh di dunia. Pu-erh ialah daun teh hijau yang menjadi tua secara perlahan dengan menggunakan kulat. Kini kerajaan China hanya mengetahui Pu-erh yang paling asli hanya dihasilkan di provinsi Yunnan sahaja. Pu-erh selalunya didapati dalam pelbagai bentuk seperti dalam bentuk daun-daun kering, blok segiempat yang tebal atau berbentuk bulat dan leper seperti sebiji kek. Kalau korang nak tahu, Pu-erh merupakan antara teh paling mahal sekali di dunia.

 
7 | Awabancha























Awabancha ialah daun teh hijau yang telah diperam dengan bakteria asid laktik di Pulau Shikoku, Jepun, dan ia menyerupai Laphet iaitu salad jeruk daun teh dari Myanmar. Bagaimanapun, laphet di Myanmar menjadi hidangan, sementara awabancha pula menjadi minuman di Jepun. Apa yang uniknya tentang awabancha ialah proses pembuatannya.




6 | Kukicha






















Biasanya tangkai, ranting-ranting dan batang daun teh hijau digunakan sebagai baja di negara-negara lain. Tetapi tidak di negara Jepun. Mereka mengisar kesemua bendasing pada daun teh hijau tersebut untuk menghasilkan teh unik yang diberi nama Kukicha. Aroma dan rasa teh ini juga sangat unik kerana ia dihasilkan menggunakan bahagian-bahagian bendasing daripada daun teh hijau, bukan daunnya. Selalunya, kukicha datang dari kawasan-kawasan Sencha atau Matcha.


5 | Teh Gusti Naga & Harimau

















Teh ini sebenarnya ialah campuran sedikit arak dan teh hitam [iaitu teh Pu-erh bukan teh hitam dari negara barat]. Selalunya, kafein dan alkohol dicampur bersama mampu memudaratkan kesihatan jika ia dicampur dengan dos yang berlebihan. Alkohol yang sering dicampurkan dalam membuat Teh Gusti Naga & Harimau [Wrestling Dragon and Tiger Tea] ini ialah brandi. Ia hanya akan dicampur dalam sukatan 1/2 atau 1/4 ke dalam teh yang sedang mendidih. Paling penting untuk masukkan dahulu alkohol kemudian baru masukkan teh, tidak boleh bertukar.



4 | Pocha

















 
Teh ini sering kali dilihat kebanyakkannya di wilayah Tibet. Teh ini sebenarnya dicampur bersama mentega yak, pengganti susu. Minum teh adalah antara elemen-elemen teras dalam budaya Tibet. Teh pocha ialah minuman panas yang sangat sesuai dihidangkan ketika musim sejuk di Tibet. Teh ini juga memberikan tenaga kalori yang tinggi, dan melindungi bibir daripada merekah kerana ia mengandungi mentega. Walau bagaimanapun, hanya mentega susu yak sahaja yang boleh digunakan untuk membuat teh ini atau hasilnya akan mengecewakan. Di kawasan Bhutan juga terkenal dengan amalan minum teh pocha.


3 | Teh Bawang Putih




















Sebenarnya ini adalah salah satu teh yang paling pelik. Oleh kerana bau dan rasanya, tidak ramai yang gemar makan bawang putih mentah-mentah. Selebriti seperti Angelina Jolie mengamalkan minum teh bawang putih menyingkir lebihan lemak selepas beliau bersalin. Bawang putih sering dikaitkan dengan sumber kesihatan, tetapi belum dikenal pasti lagi ia mampu mengurankan berat badan atau meningkatkan metabolisma. Bagaimana ada orang yang mampu minum teh ini, itu masih menjadi misteri .



2 | Teh Najis Panda





















Teh najis panda bukanlah seperti mana yang korang bayangkan. Teh ini sebenarnya diperbuat daripada daun-daun teh hijau yang membesar menggunakan najis beruang panda sebagai baja. Teh ini juga antara teh termahal di dunia. Ia mampu mencecah harga sehingga $3,500 [RM10,707.97] untuk 50 gram. Kebanyakkan orang minum teh ini sebanyak 3 gram sahaja. Kalau korang nak tahu, najis panda sangat bagus dijadikan baja kerana panda hanya memakan buluh liar dan hanya menyerap sedikit nutrien dalam makanan mereka dan selebihnya dinyahtinjakan [menjadi najis].




1 | Teh Buih Ais Kering




















Di Beijing, terdapat sebuah kafe yang menjual teh paling pelik pernah ditemui. Iaitu teh buih ais kering.
Ia disebut sebagai ais kering kerana ia adalah karbon dioksida [CO2] yang telah beku, ia kelihatan seperti ais. Ia dibekukan pada suhu paling sejuk yang pernah diukur pada planet ini iaitu -78.5 °C. Bagaimanapun, jika ais kering disentuh, daging kita akan segera membeku malah mampu memberi kesan terbakar yang amat memedihkan, kerana ia juga dibekukan pada suhu yang paling sejuk. Minuman ini dihidangkan dengan straw yang lebih besar. Minuman ini perlu dihirup, tidak boleh disedut. Dan ia merupakan minuman yang laris di Beijing.
 Jumpa lagi di lain entri
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Saturday 17 November 2012

Hotel Dalam Lombong Perak di Sala Silvergruva, Sweden

Hotel dalam lombong perak



BILIK hotel diterangi lampu candelier yang boleh mempengaruhi suhu bilik.



Salam semua.
Cuti sekolah dah pun bermula...Dah ada plan nak melancong? Kalau belum, cubalah hotel dalam lombong perak kat Sweden ni...
Anda boleh LUPAKAN sahaja penthouse kerana sebuah hotel yang unik di bandar Sala, Sweden dapat menghantar tetamu sehingga 150 meter ke bawah tanah untuk tidur.
Hotel Sala Silvermine yang dibina di dalam sebuah lombong itu menyediakan bilik yang hanya boleh diakses melalui lif lombong yang dapat menghantar tetamu ke dalamnya dalam masa beberapa saat sahaja.
Bilik tidur yang berharga 380 pound sterling (RM1,824) semalaman itu didatangkan dengan katil bertingkat yang mewah dan dihiasi dengan hiasan perak.
Tetapi bagi mereka yang selama ini tidak boleh hidup tanpa telefon bimbit, inilah masanya untuk mereka berpisah seketika dengan alat teknologi itu dengan menginap di salah satu daripada 14 tingkat bawah tanah hotel itu kerana tiada isyarat mudah alih di situ.
Satu-satunya cara untuk mereka berkomunikasi dengan dunia luar ialah melalui interkom peribadi yang dihubungkan ke meja penyambut tetamu di lobi hotel.
Pengunjung dinasihati untuk membawa pakaian panas kerana suhu di bahagian bawah gua lombong itu boleh mencecah sehingga 2 darjah Celcius.
Bagaimanapun, pengunjung tidak perlu bimbang kerana bilik itu sendiri terletak di dalam poket udara panas dengan suhu nyaman sekitar 18 darjah.
Walaupun masih mempunyai kelemahan, hotel itu begitu popular bagi mereka yang ingin mencari penginapan alternatif, malah ia sentiasa penuh pada hari Jumaat hingga Ahad sepanjang tahun.
[10-Craziest-Hotels-in-the-World-005,.jpg]
Bilik untuk seorang bersebelahan lombong perak
Pengarah Pemasaran Hotel tersebut, Sofie Andersson, berkata, beliau tidak pernah mendengar tempat lain yang unik terutamanya yang jauh ke dalam tanah.
"Orang ramai mungkin berfikir bahawa hotel di lombong akan menjadi sejuk dan gelap, tetapi sebenarnya ia terletak di salah satu ruang yang hangat yang mana suhu 18 darjah.
Candelier
"Bagi menerangi bilik tersebut, kami menggunakan lampu seperti candelier dan pemegang lilin. Apabila dipasang, permukaan dinding perak akan menyebarkan cahaya itu ke seluruh bilik.
"Logam perak boleh berasa sangat sejuk atau panas bergantung kepada pencahayaan," ujarnya.
Menurut Sofie, ia tempat paling luar biasa untuk dihuni. Lombong perak tersebut pada asalnya digali oleh pelombong yang membawa bijih perak keluar dengan menggunakan tangan.
Ia mengambil masa hampir 10 tahun untuk membina bilik tidur menggunakan kaedah perlombongan yang perlahan yang melibatkan pembakaran kayu bagi memanaskan dan meretakkan bijih perak hingga ia mudah dipecahkan.
Salah seorang tetamu dari Denmark berkata, suasana malamnya sangat indah, tetapi pengunjung harus memakai pakaian tebal untuk ke tandas kerana suhunya adalah 2 darjah.
"Saya boleh katakan pengalaman ini sungguh unik khususnya bagi mereka yang ingin mencari sesuatu yang luar biasa," katanya.
Lombong Sala merupakan lombong perak terbesar di Sweden sekurang-kurangnya selama 400 tahun. Di sekitar kawasan lombong itu sekarang dibangunkan beberapa tempat untuk melangsungkan pelbagai acara dan aktiviti pengembaraan.
Tambah Sofie, sejak lombong itu ditutup dan diganti dengan sebuah hotel bawah tanah, ramai pengunjung luar yang datang berulang kali ke bandar Sala.
"Kami telah menghubungkan masa lalu dengan kehidupan hari ini dengan mewujudkan bilik yang menarik. Pada masa sama mereka berasa seperti betul-betul berada pada masa depan," ujarnya lagi.
Sumber dari Kosmo online

Jumpa lagi di lain entri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...