BaeK PunyA Twitter

1.@nuanshaari67

Likes Baek Punya

My Great Web page

Friday 21 September 2012

Tahniah Shila Amzah-Kejuaraan di Asian Wave, RM5 Juta Utk Sheila


Salam Semua...Entri terkini...Informasi dari Shanghai..Satu Malaysia telah mengetahui, Shila Amzah telah mengharumkan nama negara dengan menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 di Shanghai, China. Kejuaraan Shila Amzah sememangnya suatu yang menakjubkan lebih-lebih lagi berentap dengan artis-artis hebat di seluruh Asia. Penyanyi Shila Amzah menerima hadiah bernilai RM5 juta, termasuk dana bagi mengembangkan kerjaya seninya peringkat antarabangsa, berikutan kejayaan memenangi pertandingan nyanyian Asian Wave itu malam kelmarin.

Berentap tiga kali
Pada pentas akhir pertandingan itu yang berlangsung di Stadium Baoshan, Shanghai, China, penyanyi yang terkenal dengan lagu Patah Seribu itu terpaksa berentap sebanyak tiga kali, masing-masing dengan peserta dari Thailand dan dua peserta tuan rumah.
Ketika dihubungi semalam, Shila, 22, yang mempertaruhkan lagu Gemilang (dendangan asal Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan lagu Mandarin, Zheng Fu (Na Ying) berkata, secara keseluruhannya dia perlu bersaing dengan sembilan peserta dari Asia.
Pencapaian tertinggi
Ditemani ibu bapa, ND Lala dan Fauziah Sarman, serta orang kuat PRISM, Ong Peng Chu, sepanjang berada di sana, Shila menyifatkan kejayaan itu pencapaian tertinggi sepanjang 12 tahun kerjaya seninya.
“Alhamdulillah atas rezeki ini. Saya ucapkan terima kasih kepada Peng Chu atas peluang berharga ini, juga kepada ibu bapa serta keluarga yang tidak jemu menyokong karier saya. Tak ketinggalan buat Shilalas (kelab peminat Shila) kerana tak henti-henti mendoakan terbaik.
“Saya amat gementar untuk meneruskan perjuangan pada peringkat final, tetapi saya sentiasa terapkan semangat melakukan yang terbaik demi Malaysia tercinta,” katanya yang mendapat sokongan moral daripada kekasih, pelakon Sharnaaz Ahmad.


Menerusi persaingan pertama, Shila memperoleh lima undian tanpa balas, manakala untuk persaingan kedua dia menerima lima undian berbalas dua. Pada persaingan terakhir Top 3, Shila mendapat sembilan undian penuh.
“Pada dasarnya peserta yang berentap dengan saya datang daripada latar belakang muzik berbeza. Semuanya cukup luar biasa dan popular di negara masing-masing.
“Pengalaman ini cukup bermakna buat saya. Malah, saya sendiri baru tahu lagu Zheng Fu sebenarnya bermaksud menakluk dan ia menjadi simbolik kepada kejayaan ini,” katanya. – Zaidi Mohamad (BH).

TAHNIAH!TAHNIAH!TAHNIAH!
Jumpa lagi di lain entri.


Monday 17 September 2012

10 Anak Muda Yang Paling Berjaya Di Dunia.


Salam semua.
Entri kali ni nak kongsi tentang kejayaan 10 anak muda sebagai motivasi utk kita mengorak langkah seterusnya.

Larry Page and Sergey Brin
Siapakah dua orang anak muda ini ya? Bagi sesiapa yang begitu mendalami dunia internet sudah tentu mengenali mereka.

Aha..mereka lah dua anak muda yang telah mencipta Google suatu ketika dahulu dan sekarang menjadi salah satu Search Engine yang paling terkenal di dunia.Ketika berumur 24 tahun mereka telah mencipta Googledan telah berjaya sehingga sekarang.Dengan page rank yang mencapai 10 dan juga mempunyai lebih 1,000,000,000 visitor setiap bulan, sudah tentu income mereka pun cukup mengejutkan iaitu sebanyak $18.5 Billion Each.

Mark ZuckerbergBeliau merupakan orang yang bertanggungjawab mencipta Facebook yang menjadi kegilaan anak muda di Eropah khasnya dan merupakan salah satu lagi social networking site yang banyak memberi manfaat kepada pelayar web.Ketika umurnya 19 tahun pada tahun 2004 beliau sudah pun mempunyai income setahun sebanyak $700 juta.Cukup hebat bagi anak muda berumur 19 tahun bukan? Mempunyai seramai 155,000,000 visitor setiap bulan sudah cukup membuktikan bahawa anak muda ini amat hebat berbanding anak muda lain yang banyak habiskan masa dengan sesuatu yang sia-sia.


Chad Hurley and Steve ChenYa..merekalah yang telah membuatkan para pengguna internet seluruh dunia gila dengan Video.Youtube yang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi menjadi begitu popular sehinggakan ianya menjadi salah satu medium utama untuk para internet marketer seluruh dunia menjadikan video sebagai medium untuk mengiklan produk mereka dengan lebih berkesan lagi dan juga menambahkan trafik. Pada umur 28 dan 27, dua orang anak muda pada tahun 2005 ini telah mencipta sebuah laman web yang amat popular sehingga mencecah 300,000,000 visitor sebulan.Pendapatan tahunan mereka adalah lebih kurang $60juta setahun.


Matt Mullenweg
Pada umurnya 19 tahun pada tahun 2005 beliau telah pun mampu tersenyum seperti wajah beliau.Beliau adalah pencipta CMS yang amat popular sekarang dan menjadi pilihan blogger di seluruh dunia iaitu Wordpress.Mendapatjumlah visitor sebanyak 150,000,000 setiap bulan sudah mampu  tersenyum lebar dan berbangga dengan kejayaan beliau mendapat kira-kira $50 Million Revenue setiap tahun.


Kevin Rose
Laman web beliau iaitu Digg menjadi pilihan blogger di seluruh dunia bagi mendapatkan trafik yang tinggi dengan menjadikan button web ini begitu popular.Berusia 27 tahun ketika beliau memulakan langkahnya,memang cukup muda untuk memulakan sebuah projek yang amat menguntungkan beliau yang mana mendapat 100,000,000 visitor setiap bulan dan juga sebanyak $30 Million yearly revenue.


Tom Anderson
Anak muda yang agak macho ini merupakan salah seorang yang amat berjaya pada umurnya 23 tahun ketika itu telah membangunkan laman web yang menjadi kegilaan dan juga ketagihan anak muda di seluruh dunia danlaman web ini begitu kontroversi juga suatu ketika dahulu berikutan kebebasan yang ada pada laman web ini.Myspace sudah tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ianya sudah berada di hati setiap pengguna internet.Bilangan visitor setiap bulan yang mencapai 180,000,000 menjana pendapatan beliau setahun sebanyak $850 juta
.



Pierre OmidyarInilah pembangun laman web Ebay yang membuatkan kita mengenali online shopping dengan lebih selamat dan juga menarik kerana keunikan laman web beliau yang menjadi sebuah gedung membeli belah secara online paling besar di dunia yang mana anda boleh mendapatkan apa sahaja barang disini dan membelinya secara online dengan berdasarkan bid untuk membeli barang anda.Umurnya baru 28 tahun ketika membangunkan laman Ebay sekarang sudah pun mempunyai $7.8 billion revenue setahun dan tidak hairanlah laman web beliau mencapai sebanyak 54,000,000 setiap bulan atau mungkin lebih..


Jerry Yang & David Filo
Calon kelapan ini merupakan pesaing kepada calon pertama kita iaitu pencipta Google.Yahoo adalah pesaing Google dimana kedua-dua laman web ini bersaing untukmendapat tempat di hati pengguna internet di dunia.Ketika umur mereka 26 dan 28 tahun kedua mamat ni telah pun berjaya dengan karier masing-masing.

Pendapatan tahunan yang mencapai $6.7 Billion membuat anak muda ini sukar lelap mata jika Yahoo tidak popular lagi seperti sekarang.
800,000,000 visitor setiap bulan adalah pencapaian yang amat mengkagumkan dan menarik perhatian ramai orang atau mungkin juga lebih.



Blake Ross
Anda kenal dengan musang berapi paling popular?Mozilla adalah ciptaan beliau yang telah menarik ramai pengguna internet untuk menggunakannya sebagai pelayar web paling popular seterusnya menumpaskan Netscape Navigator yang begitu popular pada era nya.Ketika berusia 19 tahun pada tahun2003 sudah pun mendapat $100 juta setahun dan laman web beliau mendapatkira-kira 60,000,000 visitor setiap bulan.

Calon terakhir ini mungkin tidak ramai yang mengenali laman web beliau..tetapi beliau tetap popular.
Beliau adalah pengasas laman web traker BitTorrent yang terbesar di Dunia iaitu The Pirate Bay.
Bittorent merupakan protokol kongsi-fail yang berkesan bagi membolehkan fail bersaiz besar dihantar dan diterima dengan mudah dan pantas.Umurnya pada ketika itu adalah 24 tahun dan kini laman web beliau sudah mempunyai 55,000,000 visitor sebulan dan juga mempunyaipendapatan tahunan sebanyak $12 juta.


Asyik cerita tentang kejayaan orang je..Kita bagaimana pula? hmmmmm....
Jumpa di lain entri...

Friday 7 September 2012

Road to Legoland & Kota Iskandar...

Salam semua.
Hari Sabtu yg lepas, Aku & famili tak de apa2 plan nak ke mana-mana pun...Nak beraya pun malas rasanya.
Oleh kerana tak de benda nak buat kat rumah, kita orang buat keputusan utk pergi bersiar2 ke Nusajaya. Target utama adalah Legoland & Kota Iskandar.
 
 

Walaupun Legoland akan dibuka pada 15hb September nanti, tapi kita orang saja je nak pergi tengok2 & survey tempat & harga tiket.Siap je, terus start kereta & ikut jalan baru melalui Danga Bay & lalu kat depan Tunes Hotel...pastu terus je sampai la ke Legoland.
Ikut je  haluan Nusajaya & Kota Iskandar
 
Pastu nanti nampak papantanda LEGOLAND..I follow...
 

Aku gerenti korang tak boleh sesat..
Sebelum sampai ke Legoland , korang akan masuk ke simpang Pusat Bandar Medini...
 
Dari jauh dah boleh nampak LEGOLAND.
 
Parking area memang luas & terdapat beberapa Zon utk letak kereta.
Belum launch lg , pun dah ramai orang yg melawat Legoland.
 
 Di pintu masuk LEGOLAND.
 
JOM beli tiket...
 
 
tengah plan nak pergi yg mana dulu..
 
 
Kami akan kembali lagi 
 
berbincang utk rancangan seterusnya...
 
 
Ke Kota Iskandar.Suasana sepi...hanya ada segelintir couple & famili yg datang utk bergambar, termasuk aku skali..hehe..first time utk aku & familiku tiba di sini...tempat dia memang indah mata memandang....utk fotografi pon baguz ni...

 

Santai bersama famili..
Di hadapan Bangunan Sultan Ismail
raya tak dapat main mercun, kita main meriam plak...hehe
 
MerdekaRaya
 
Jumpa lagi di lain entri..
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


 
 

 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...