BaeK PunyA Twitter

1.@nuanshaari67

Likes Baek Punya

My Great Web page

Friday 30 December 2011

17 terbunuh gudang meletup di Myanmar

YANGON: Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh, manakala 108 lagi cedera selepas letupan besar berlaku di gudang menyimpan serbuk letupan yang digunakan untuk meletupkan kawasan lombong awal pagi di bandar paling besar Myanmar, Yangon, kata pegawai bomba dan polis semalam.
Negara Myanmar



Letupan itu mengakibatkan kebakaran besar manakala asap menjulang ke udara dan hanya berjaya dikawal lewat pagi, kata pegawai. Pegawai polis yang enggan namanya disiarkan berkata 12 lelaki dan lima wanita disahkan mati, bagaimanapun jumlah kematian dijangka meningkat. “Pada mulanya kebakaran berlaku dalam gudang menyimpan serbuk letupan. Ia kemudian mengakibatkan letupan dan api merebak. Saya tidak rasa ia berlaku akibat sabotaj,” kata pegawai bomba Yangon.

Letupan berlaku kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan kelmarin di Perbandaran Mingalar Taung Nyunt timur Yangon, bekas ibu negara Myanmar dan pusat komersilnya.

Pemandu teksi, Ko Tin Than, 33, yang ketika itu memandu berhampiran tempat kejadian berkata seluruh kawasan diliputi debu.
“Ia seperti letupan gunung berapi yang kita lihat dalam filem. Dua atau tiga orang yang berada 100 meter dari gudang itu terbunuh akibat terkena serpihan yang berterbangan,” katanya.

Beberapa saksi berkata kebakaran itu mencetuskan beberapa letupan kecil. Polis berkata tiga anggota bomba antara yang terbunuh.
“Setahu saya, gudang itu dimiliki kerajaan dan ada diantara mereka diupah Myanmar Economic Holding Limited di bawah Kementerian Pertahanan. Saya rasa gudang serbuk letupan itu untuk kegunaan lombong bukannya membuat senjata,” kata pesara kerajaan yang enggan namanya dikenali.

Saksi berkata, jentera bomba dari seluruh bahagian Yangon berada di tempat kejadian.
Rakaman televisyen menunjukkan pasukan penyelamat mengangkat mangsa di atas pengusung dalam kegelapan di bangunan yang musnah teruk.

Saksi berkata rumah dan kilang musnah tetapi laporan awal memberitahu yang api merebak ke limbungan kapal berdekatan tetapi tidak disahkan.

Gegaran letupan itu dirasai ramai penduduk di timur dan tengah Yangon. Than Soe, penduduk di kawasan perumahan Yuzana Mingalar yang terletak kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian berkata gambar di dinding jatuh dan tingkap bergegar ketika letupan.

“Bunyinya terlalu kuat yang pada awalnya kami menyangka tahi bintang jatuh ke bumi,” katanya.


Inilah bencana buatan manusia akhir zaman....

Jumpa di lain entri.

Saturday 24 December 2011

Papanluncur Terbang? Flyboard by Zapata..

Salam semua.
Entri kali ni nk share pasal produk baru - Inovasi yg Baek Punya dari Zapata racing.
Produk ni memang menarik dan pasti ditunggu2 oleh peminat sukan air.
Nama produk = Flyboard . Ia adalah gabungan dari jetski, ski, snowboard and acrobatic dives. memang inovatif, cuba korang tonton video & foto kt bawah ni:

I believe I can fly...

I believe I can touch the sky

water twister

Dengan adanya Flyboard, mungkin boleh dijadikan pertandingan sukan air yg baru in near future.
Jumpa di lain entri...Jgn lupa "join the site " & klik kt iklan2 tuuu...

Tuesday 20 December 2011

Kemalangan beberapa jam selepas memenangi sebuah Lamborghini.

Salam semua, bulan ni kira aktif sikit nk post entri...hehehe...
Entri kali ni mengenai seorang pemandu lori yang berjaya memenangi sebuah kereta sport 631-hp Lamborghini Murcielago LP-640. Tapi malangnya...baru beberapa jam selepas mengambil kunci Lambo, dah accident..Teruskan membaca artikel kt bawah ni yg dipetik dari yahoo...

Driver lost control of supercar hours after winning it
Thanks to a Utah convenience store's contest, Frito-Lay truck driver David Dopp won another set of wheels last Saturday: this lime-green, 631-hp Lamborghini Murcielago LP-640, worth at least $200,000. Such an awesome car that will...oops, he already wrecked it.



Just a few hours after getting the keys to the V-12 powered Italian supercar named for a famed Spanish fighting bull, Dopp took to the roads around his home in Santaquin, Utah. According to In Santaquin News, police were called about dusk after a witness spotted the all-wheel-drive Lambo bass-ackwards in a field, with skidmarks from where it left the road.
Dopp -- who had apparently already taken one call from the local police about takin' it easy before going off-road -- says he was going about 40 mph to 50 mph on a 35-mph road when he hit a patch of what he called black ice or gravel. The police report says the car went over a curb, off the road and 75 feet into the field, calling the accident "speed related."
The Murcielago is now bound for Las Vegas, where mechanics will calculate a repair estimate on the busted oil pan and damaged bumper. Dopp, who has insurance, says the day was "an emotional roller coaster." If you mess with a bull, don't be surprised when you get the horns.

Enjoy reading & jgn lupa utk klik kt iklan2 tu...hehe
Jumpa di lain entri...Salam.

Ikan Emas - A Real Gold Fish

Salam Semua!
Entri kali ni, nak share pasal Ikan Emas Baek Punya.
Ikan Emas ni yg betul2 nampak keEMASan nya ditemui di lautan kat Taiwan. Ikan ni telah dipamerkan di Taiwan Natural Museum. Para saintis mendapati beberapa bahagian ikan ini mengandungi 24 karat emas tulen. Cuba lihat gambar di bawah ni yg mana keseluruhan badan ikan ni berwarna emas.
agak2 korang ni real golden color atau diwarnakan?hehehe...


berapa lah harga ikan ni?

kenapa? tak percaya ke?

memang menjadi daya tarikan utama pengunjung

Kalau ikan ni bertelur, telur dia pon warna emas ke? Korang fikirlah sendiri....hehehe

Ok lah, sampai disini saja, jumpa di lain entri...Jgn lupa klik kt iklan2 tu ye...hehehe




Monday 19 December 2011

Misteri Huruf ‘V’ di Kota Nabi Daud A’laihi Salam

Salam bloggers semua...
Entri kali ni nak share pasal Misteri Huruf ‘V’ di Kota Nabi Daud A’laihi Salam.

Apakah maksud huruf huruf seperti V didalam kota Nabi Daud A’laihi Salam?
SEORANG ahli arkeologi Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, Eli Shukron melihat huruf V di Kota Nabi Daud dekat Bandar Lama, Baitulmuqaddis.

BAITULMUQADDIS – Beberapa ukiran batu berusia beribu-ribu tahun lalu dan dibongkar di sebuah tapak ekskavasi di bawah bandar ini menyebabkan ahli-ahli arkeologi keliru.
Kumpulan penggali Israel menemui beberapa buah bilik yang diukir di dalam batu di kawasan tertua di bandar ini baru-baru ini.
Pada masa yang sama mereka menemui tanda tiga bentuk V yang diukir sebaris di lantai sebuah bilik berkenaan. Ukiran tersebut sedalam sekitar 5 sentimeter (sm) dan panjang 50 sm.
Tiada sebarang penemuan lain yang boleh dijadikan petunjuk untuk mengetahui identiti pihak yang membuat ukiran tersebut atau tujuan ia dibuat.
Seorang pengarah ekskavasi berkenaan, Eli Shukron berkata, ahli-ahli arkeologi terbabit dengan penggalian tersebut gagal mengutarakan sebarang teori kerana kurang berpengetahuan mengenainya.”Saya tidak pernah melihat benda seperti ini,” kata Shukron.
Ukiran-ukiran V itu ditemui di kawasan penggalian dikenali sebagai Kota Nabi Daud.
Penggalian itu dibiayai sebuah kumpulan nasionalis Zionis di kawasan penduduk Palestin di Silwan, Baitulmuqaddis Timur.
Bilik-bilik berkenaan ditemui semasa prosedur ekskavasi dilakukan bagi mengukuhkan satu-satunya sumber air semula jadi di sini, mata air Gihon.
Beberapa pakar arkeologi berkata, ukiran-ukiran tersebut dibuat sekurang-kurangnya 2,800 tahun lalu dengan bentuknya mungkin dijadikan tempat pasak struktur kayu atau ia mempunyai tujuannya sendiri.
Ukiran-ukiran itu mungkin memiliki fungsi upcara keagamaan atau ia sekadar ukiran.
Lokasi ukiran-ukiran itu ditemui di Kota Nabi Daud yang merupakan kawasan ekskavasi paling kontroversi di sini.
Kota tersebut dinamakan sempena nama Nabi Daud yang dipercayai memerintah kota berkenaan 3,000 tahun dahulu.
Ia terletak di Baitulmuqaddis Timur yang dituntut pentadbiran Palestin sebagai ibu kota Palestin merdeka.

Sehingga kini ia masih menjadi misteri. Sampai takat ni saja entri kali ni...Jgn lupa lepas baca nanti:
1) Sign in as member (free je)
2) Klik kt iklan2 tuuuu....

Sunday 11 December 2011

3,000 saksi gerhana bulan penuh

Salam semua.
Entri kali ni aku nk share tentang Gerhana Bulan Penuh yg berlaku malam semalam. malam semalam cuaca baik pulak tu, so aku dapat lihat dengan jelas kt rumah dengan anak2.. Subhanallah...Peluang yg tak dapat aku lepaskan seumur hidup. Kalau nak tunggu berlaku lagi ,kena la tunggu sehingga 2014...tu pon kalau cuaca baik, kalau hujan, melepas laa... Cuba korang lihat gambar kt bawah ni yg aku petik dari Mingguan Malaysia. nak amik gambar guna handphone, tak clear...lagi pon tak de camera canggih...huhu

Kat bawah ni plak, Simulasi Gerhana Bulan Penuh
aku rasa setakat ni saja, jumpa lagi di lain entri....

Tuesday 6 December 2011

Most Expensive Car Crash -Kemalangan Membabitkan Kereta2 Mewah di Jepun

Salam semua.
Entri kali ni nk share tentang accident atau kemalangan yang berlaku di Jepun. Nilai kemalangan ni melebihi US$1 juta tuuuuu..dan membabitkan Konvoi kereta2 mewah di Jepun seperti Ferrari (8) , Lamborghini (1) & Mercedez (2). Cuba korang tgok gambar kt bwh ni , rabak juga kan? Ni gerenti laju giler ni...

Menurut polis, kemalangan itu yang berlaku di wilayah Yamaguchi, kelmarin, dipercayai berpunca daripada seorang pemandu Ferrari yang cuba menukar lorong tetapi terlanggar pembahagi jalan. 
Pelanggaran itu menyebabkan kereta tersebut berpusing di tengah lebuh raya, dan kereta mewah lain berlanggar sesama sendiri semasa cuba mengelak Ferrari itu.
Polis mengesahkan tiada sebarang kecederaan parah dilaporkan tetapi 10 orang dirawat akibat lebam dan luka ringan dalam kemalangan itu. Lihat lah gambar2 seterusnya :
bersepai...

Jadi, berhati2 lah ketika memandu,  fikirkan yg tersayang.....Selamat memandu.Drive Safely.
Jumpa lagi di lain entri.

Saturday 3 December 2011

Industri Kereta Honda Terjejas Akibat Banjir- Kilang Kereta di Thailand di Tenggelami Banjir

Salam Disember 2012. Kejap je dah hujung tahun kan?
Entri kali ni nk cerita pasal banjir. Sekarang kat mana2 orang dok cerita pasal banjir. Bukan hanya di Malaysia, tapi yg paling mendapat perhatian dunia adalah banjir di Thailand. Ekonomi Thailand terjejas akibat banjir yg melanda selama beberapa bulan.

Cuba korang tgok gambar kt bawah ni....Kilang Honda, pengeluar kereta terbesar di Thailand hampir tenggelam....habis lah kereta2 yg dh siap utk di ekspot....
Selepas ni, korang berhati2 la kalau nk beli kereta Honda....kalau harga murah giler tu, mesti kereta banjir dari Thai...huhuhu



 Lepas baca , jangan lupa komen, sign in & klik kt iklan2 tu ye....
Enjoy reading k....Jumpa di lain entri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...