BaeK PunyA Twitter

1.@nuanshaari67

Likes Baek Punya

My Great Web page

Sunday, 31 May 2015

Santai terkini : Layannnnn

Salam semua..
Lama tak posting new entry kan?

Rasa penat pula nak layan isu2 terkini dlm negara kita ni.
Sejak kepimpinan DS Najib ni, macam2 kontroversi yg berlaku.
Aku pon naik menyampah...dari PR yg tak sehaluan tapi mempunyai impian utk memimpin negara, GST, 1MDB berjangkit ke KWSP, then Tabung Haji....lepas ni apa pula?


Sekarang tengah memburuk-burukkan Tun M plaks...ish ish ish...sudah sudah la tuuu....

Baik aku layan mcm mana nak tambahkan ilmu & pendapatan.
Antaranya mengenai pelaburan samada Saham, hartanah, Emas & Forex.
Sekarang aku dlm memahirkan diri dlm pelaburan Saham di BSKL.
Kelas FA (Fundamntal Analysis) & TA (Technical Analysis)sudah pon ku hadiri dan pelajari daripada guru2 yg hebat seperti Tuan Haji Mohd Asri, Dato Dr. Nazri Khan & Tuan Norizam @ Zamsaham. memang best!






Forex? Dh jadi scalper tapi masih main newbie lagi...hehe...
So Far belum MC(Margin Call) lagi dgn teknik pemahaman sendiri hasil drpd gabungan teknik2 hebat sifu2 handalan.

kalau nak paling santai & tak tension cuba add Bijakforex kt FB and beli formula dia....tak payah pening kepala. konsep simple janji masyukkkk. Biar kecil, janji berhasil.
 Lain2 yg recommended adalah TFS (Teknik Forex Sebenar) & NasirKuasaForex.
Tapi yang penting kita faham teknik apa yg kita gunakan & sesuai dgn kita.

Saya biasa guna teknik2 CS atau candlestick...batang lilin...hehe
Pastu guna BB @ Bolinger Band, MA@Moving Average, RSI & Stochastic.
Time Frame 5 min je...TP tak banyak sbb tak handal lagi...janji masyukkkk....hehe



Akhir kata, terpulang pada anda semua, bahan rujukan ni banyak saya dapat dari Pakcik Google. Hanya utk yg baru nak terlibat dengan forex saja, yg dh terrer, tak payah tengok...hahaha....
Jumpa lagi di lain entri...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Loading...